top of page
photo_2023-09-16_22-11-59.jpg

B I M B I N G A N  &  K A U N S E L I N G

Guidance & Counselling

Di SMK Tinggi Kluang, Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan perkhidmatan yang bertujuan membantu murid membuat rundingan baik dari segi akademik, emosi, sosial dan motivasi. Usaha ini adalah perlu untuk pembelajaran yang sempurna serta memperolehi kejayaan dalam bidang akademik atau kehidupan.

​

At SMK Tinggi Kluang, the Guidance & Counseling Unit is a service that aims to help students negotiate well in terms of academics, emotions, social and motivation. This effort is necessary for perfect learning and success in academics or life.

B A R I S A N  K A U N S E L O R

Our Counsellors

A N D A  P E R L U,  K A M I  B A N T U !

We Are Ready To Serve!

photo_2023-09-16_23-40-07.jpg

Program Orientasi

Program Orientasi untuk pelajar yang mendaftar sesi persekolahan yang baru. Kami akan memastikan anda bersedia dengan segala maklumat yang diperlukan untuk menjalani persekolahan yang hebat di SMK Tinggi Kluang!

photo_2023-09-16_23-40-58.jpg

Permohonan UPU

Tak tahu kursus dan universiti mana nak pilih? Takut dengan pilihan yang bakal dibuat? Kami bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan konsultasi kepada anda agar dapat membuat pilihan yang tepat untuk masa depan yang terbaik untuk anda!

photo_2023-09-16_23-43-58.jpg

Khidmat Kaunseling

Hidup penuh dengan pasang dan surut. Kadangkala kita berada di atas dan ada masanya kita tersekat dan buntu. Buat temujanji bersama salah seorang kaunselor bertauliah kami dan sama-sama kita berusaha untuk bantu dan dengar cerita anda!

DSC_0012_edited.jpg

Ujian Psikometrik

Pencapaian akademik bukan satu-satunya aspek penting dalam pembangunan manusia. Pengukuran  tret psikologi telah diperkenalkan sebagai sumber maklumat dalam membantu pembelajaran murid dan proses pengajaran & pembelajaran.

photo_2022-10-11_09-31-49.jpg

Program Motivasi

Pembangunan minda yang sihat haruslah seiring dengan perkembangan jasmani, emosi & rohani seseorang pelajar. Kami di Unit Bimbingan & Kaunseling bersedia dengan pelbagai program untuk program minda yang sihat.

Pemimpin Pelajar26.jpg

Pemimpin Pelajar

Di SMK Tinggi Kluang, kepimpinan para pelajar telah dilatih dan dipupuk seawal dari Tingkatan 1 hingga 6, dengan penubuhan PRS, SLB dan pemimpin unti HEM yang lain. Sebagai kaunselor, tanggungjawab kami adalah untuk membimbing pemimpin muda.

H U B U N G I  K A M I
Contact Us

Terima kasih. Kami akan berhubung dengan anda dengan kadar yang segera.

A P A  K A T A  M E R E K A ?
Feedback

photo_2022-10-11_08-43-58_edited.jpg

Adlina Najwa, Pelajar

" Kaunselor betul-betul membantu saya untuk menghadapi cabaran yang saya alami sepanjang 5 tahun saya berada di SMK Tinggi Kluang. Mereka bantu saya untuk buat pilihan yang terbaik! "
bottom of page