BARISAN
KEPIMPINAN
PELAJAR
Student Leaders
Rangkaian Guru & Pelajar
Kemajuan dan kelangsungan sekolah, baik dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum, tidak akan berjaya tanpa sokongan oleh barisan kepimpinan pelajar yang terpilih dan terlatih untuk mengetuai barisan pelajar dan menjadi nadi penghubung mereka dengan barisan guru & sekolah.
LEMBAGA
PENGAWAS 2024
Prefects Board 2024
Pengawas bertanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan memastikan disiplin di sekolah, serta berperanan sebagai teladan yang baik. Mereka juga membantu guru dan menjalankan tugas-tugas tertentu seperti mengawal di pintu pagar, kantin, dan kelas.
LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2024
Student Leaders Board 2024
SLB ditubuhkan atas dasar melahirkan barisan pemimpin murid di peringkat sekolah yang akan dapat dilatih dan digarap potensi kepimpinan mereka agar menjadi contoh murid terbilang di peringkat sekolah berkaitan.
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2024
Peer Guide 2024
Peranan PRS di sekolah ialah menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan keliling, sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, menjadi salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan dan menjadi contoh kepada pelajar lain.
PEMIMPIN MUDA SUKAN 2024
Young Sports Leaders 2024
Pemimpin Muda Sukan merupakan lembaga yang bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti tahunan yang berkaitan sukan dan permainan di sekolah. Peranan PMS adalah memastikan warga SMKTK sentiasa berminat dan seronok dengan sukan dan permainan yang dirancang disamping memupuk kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal.
BADAN DAKWAH & ROHANI 2024
BADAR 2024
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sayap kerohanian dalam unit-unit pengurusan pelajar sekolah ini. Selaras dengan namanya, badan ini bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar mempunyai kerohanian jiwa yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah ini.
KEPIMPINAN
ASRAMA 2024
Hostel Leaders 2024
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sayap kerohanian dalam unit-unit pengurusan pelajar sekolah ini. Selaras dengan namanya, badan ini bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar mempunyai kerohanian jiwa yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar Islam terus bernyawa di sekolah ini.
KOPERASI
SEKOLAH 2024
School Coop 2024
Selain daripada menambah sumber kewangan sekolah, penubuhan Koperasi SMK Tinggi Kluang juga menyediakan platform untuk mendedahkan pelajar kepada asas perniagaan, mudah mendapat barangan dan perkhidmatan & memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar.
TV PUSAT SUMBER SEKOLAH 2024
TVPSS SMK Tinggi Kluang 2024
TVPSS merupakan satu platform bagi murid untuk menonjolkan diri mereka dalam bidang media dan pengacaraan. Selain dapat mencungkil bakat murid dalam kemahiran berkomunikasi mereka juga dapat mengasah kemahiran teknikal seperti menyunting video dan tetapan audio.