top of page

P R O F I L  S E K O L A H

Our Profile

Sejak penubuhan sekolah pada tahun 1939, SMK Tinggi Kluang sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang terbaik di Malaysia, baik di dalam bidang akademik, kokurikulum, pembangunan sahsiah dan individu secara holistik. Segalanya mungkin dengan pernyataan visi dan misi yang jelas, serta jenama yang unggul.

​

Since the establishment of the school in 1939, SMK Tinggi Kluang has always strived to be the best school in Malaysia, both in the field of academics, co-curriculum, character and holistic individual development. Everything is possible with a clear vision and mission statement, as well as a superior brand.

​

M O T T O

Maju Terus Maju

V I S I

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

photo_2022-10-11_09-36-49_edited.jpg
photo_2022-10-11_08-43-37.jpg

M I S I

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

T A G L I N E

“Sustaining STK GLORIOUS”

photo_2022-10-11_09-38-19.jpg
photo_2022-10-11_08-43-58.jpg

F A L S A F A H

Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah wadah utama bagi pelajar mencapai kecemerlangan. Memandangkan semua pelajar boleh dididik, boleh belajar dan boleh mencapai kemajuan, justeru itu, sekolah akan berusaha memperkembangkan potensinya untuk mencapai keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.

M A T L A M A T

• Berusaha menyediakan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan berkesan.
• Berusaha meningkatkan prestasi akademik yang cemerlang.
• Berusaha membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin yang cemerlang.
• Berusaha meningkatkan penglibatan kokurikulum yang cemerlang.
• Berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, sihat, selamat dan menyeronokkan untuk semua warga sekolah

photo_2022-10-11_09-34-37.jpg
photo_2022-10-11_08-44-18.jpg

O B J E K T I F

• 5% calon STPM mencapai 4.0 dengan PGNK 3.00 .
• Semua calon mencapai kelulusan Band 3.0 dan ke atas dalam peperiksaan MUET.
• 10% calon SPM mencapai semua A dengan GPS 2.50.
• 8% calon PT3 mencapai semua A dengan GPS 1.20.
• Pengurusan kewangan yang cemerlang.
• Data sentiasa dikemas kini dan dihantar seminggu sebelum tempoh akhir.
• Semua murid mencapai sekurang-kurangnya Gred C dalam PAJSK.
• 100 orang murid mencapai penglibatan peringkat kebangsaan dalam aktiviti kokurikulum.
• 95% murid hadir ke sekolah setiap hari.
• Salah laku dalam kesalahan sederhana dan berat kurang daripada 2%.
• Persekitaran sekolah yang bermaklumat, kemas, bersih, indah dan tenang.

bottom of page